Saturday, December 4, 2010

Rain.. Rain.. Rain..

"Rintik... Rintik.. Rintik..
Rintik.. Rintik.. Rintik.."

pastu kedebushhhhhh...... "mulo² tu sikit jah... pahtu koho lebat" bak kate ore pata timur..

hahahaha...
opss.. almaklum.. da dua tahun stgh dduk pantai timur.. 
bahasa aku da bnyk dipengaruhi ngn tmpt ni...

Mungkin bagi org pantai timur da bese dgn cuaca cmni hjung² tahun..
Musim tengkujuh..
Tatkala sang nelayan mula kembali meneliti stiap inci pukat dan jala dari sebarang koyakan.. 
menjahit segala cela.. menitiskan keringat bak hujan..
Rumit memikirkan isi perut yang perlu diisi karena batasan utk turun mencari rezeki tatkala gerimis merintikkan dirinya..


Bagi aku, musim hujan yg berterusan mungkin suatu yang bukan biasa.. karena di negeri kelahiranku tiada ianya merasakan musim sebegini.. Hujan hnya sbentar.. dn tiadalah ia berpanjangan berhari²..(Ade la kekadang tu.. tp pastu panas la balik.. kt sini xdenye nk panas².. hujan benti pun still rintik² gerimis turun slow².. pahtu mkin lebat.. mkin lebat.. mkin lebat..)

Oh hujan.. turunnya membawa rahmat dari Ilahi.. 
Alhamdulillah..


Musim2 hujan cmni.. x bnyk bnde aku leh wat.. nk men futsal, hujan..
nk kua, hujan..
Jd duk bilik jela...
Memalam punyela sejuk.. Bilik tidur kt umah yg gne aircond tu pun aku xpnah rse sjuk cmni..
Nk tido kne pkai bju tbal²... selimut... Oh... sejuk~ tapak tangan pun putih lesu kesejukan.. kalo leh.. kne pakai glove gak.. hahaha..

Stengah tahun lagi.. aku bakal meninggalkan Bumi Terengganu tercinta ni.. 
dan aku akan merindui setiap suasana disini.. orang²nya.. dan juga kedai Moknah... oh.. betapa aku suka mkn nasi kdai moknah!!!! "Anok btuoh... tigo riya stgoh, pahtu air mndape? teh o beng, pak riya tujuh" hehehe.. bulih doh ngapal.. ambe kalu bare ngapal² gini A plus boh... =þ~

Tapi kan....
xtau la npe kalo hujan aku teringat kat die.. =)
Mungkinkah karena dia teringat padaku tatkala hujan turun?? =)
ohhh~ apekah...

Sunday, November 7, 2010

Cuti~~ Uh Oh..

Bnde paling aku tunggu.. bkn aku je.. org len pun sme..
Da lenguh mnghadap tulisan².. kertas².. gambarajah.. gambargajah.. sume... argghhh..


Cuti... + balik umah?? Hahaha.. good combination...leh blek umah.. leh jmpe sanak sedare.. 
Cume......
Ade cume gak???
Kt asrama..leh la tahan nafsu mkn.. bukak almari.. bukan ade mknn.. ade buku.. ne leh telan buku.. ekgi tcekik.. mapuh slalluh!! 
Kt umah lak.. hoho..
bukak kabinet.. bukak almari.. foods everywhere!!! mak aih!!!!!
Ber++++++ berat.. .. pipi ber++++++ tembam.. owh...
berat nanang!!!


Tp.. org salu kte.. berat btambah tandanya bahagia... apekah???
bahagia disamping kuarga tercinta..


Oh.. yang penting..
be happy in whatever you are doing.. right??...

Assignment.. leave me alone!!

Sunday, October 3, 2010

Salam salam salam..

Salam..
MAsih sempat lagi utk kuucapkan Selamat Hari raya!!
Maaf Zahir dan Batin..

Baru seminggu berhari raya dirumah..
aku terpaksa pulang semula kesini..
disini.. hidup dipenuhi dgn perform² yang x habis² datang mengunjungi..
Lumrah hidup seorang pemuzik..

X lama lagi menjelang Hari raya Aidiladha..
Ibunda dan Ayahanda tercinta akan menunaikan ibadah haji..
akan sepilah rumah tanpa mereka..
=(

namun apakan daya..
kewajipan harus ditunaikan..
Demi menjunjung perintah Allah..
Aku redha...
Semoga mereka memperolehi ibadah haji yang sempurna serta beroleh haji yang mabrur..
amin..
=)
salam..
§ang Pujangga...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan..
Setelah setahun berlalu, Ramadhan kembali menjelmakan dirinya..
Bersama seribu berkat dan rahmat dari Allah S.W.T..
Bermulanya terbit fajar.. sehingga terbenamnya sang mentari di ufuk barat..

Menjelang Ramadhan, banyak aktiviti yang jarang kita lihat di bulan-blan biasa..
Berpusu-pusu manusia beribadah..
Penuhnya msjid dan surau-surau dengan hamba-hamba Allah yang ingin mengambil kesempatan untuk merebut pahala solat berjemaah, solat tarawih serta tidak kurang juga bertadarus bersama-sama..
Betapa indahnya tatkala amadhan kembali mengunjungi kita..

Tika hampirnya saat berbuka, penuh bazaar ramadhan dengan manusia-manusia membeli juadah berbuka..
Tidak kurang juga dari para penjual yang tidak pernah lelah mendagangkan jualan mereka..

Aku tidak ketinggalan menjadi antara gelagat-gelagat manusia yang berada di bazaar ramadhan..
Mencari juadah apakah yang menarik hati..
Mcm bese la.. aku ske beli nasi kerabu.. tapi hari pertama puasa ni, aku g beli nasi Briyani..
hahahaha.
Nmpk sodap.. Ditambah pula dengan air soya.. hilang segala lelah berpuasa.. itulah nikmat bagi hamba² Allah yang menunaikan ibadah puasa..

Pas ni g tarawih lak...
Aku sbnanya xtau nk tulis pe..
sje mencelah mengupdate blog yang sekian lama tidak kupeduli dek sibuknya hidup dengan segala macam kerja, study, dan assignment yang dah mula menggunung.. Pergh.... Sakit kepala..
harap² semester ni dapat topup balik CGPA yang da drop mendadak... ngee~~
Ok.. Selamat berpuasa kepada semua!!

Saturday, August 7, 2010

::Bagaimana Cara Pegang Kamera Dengan Betul::

PEGANG KAMERA ELOK - ELOK :
BAGAIMANA PEGANG KAMERA DGN BETUL?

 

   

Basic Pegang DSLR
Ok, diatas ni adalah cara pegang DSLR secara basic. Di mana kita gunakan tangan kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens, dan tangan kanan digunakan untuk control setting DSLR samada tekan butang shutter release dan sebagainya. Lepas itu, kedua-dua siku kita dirapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas. Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR ketika memegang.


Cara Lain Untuk Pegang DSLR
Kita boleh juga pegang DSLR dengan cara pada gambar diatas ini. Tapi untuk sesekali bolehlah. Kalau penat tangkap gambar dengan memegang kamera dengan cara basic, bolehlah cuba dengan cara kedua nih. Bila diletak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar akan kurang. Cuma mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.

 

 
Cara Pegang DSLR Yang Salah !

 
Elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.


Ini juga cara yang salah ketika memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak 'mengepak' waktu nak tangkap gambar. Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga memegang kamera dengan meletakkan tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan kiri dibawah lens DSLR.

 

 
Cara Pegang DSLR Secara Menegak

 
Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan menangkap gambar dengan cara menegakkan kamera kita. Sebab nampak tak profesional katanya. huhu~ Tak pastilah saya, betul ker tidak tu~ Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, boleh lihat cara dibawah.

Cara yang sebelah kiri ini adalah kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak. Tangan kanan digunakan untuk support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala tangan kiri diletakkan dibawah lens untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi, masalah gambar bergegar tidak akan berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah tu, kita boleh lihat kedudukan tangan kanan yang tidak stabil disitu…

 
Kedudukan Kaki

 

Untuk menstabilkan badan waktu mengambil gambar, pastikan kaki kiri dilangkahkan sedikit kehadapan dari kaki kanan. Jadi tak der lah rasa nak tumbang waktu tangkap gambar. Jangan rapatkan kaki dan berdiri tegak seperti gambar pada sebelah kanan diatas. Sebab kedudukan badan tidak akan stabil jika kita berdiri seperti itu.

 
Cara Pegang DSLR Waktu Tangkap Gambar View Rendah
 
Ok, diatas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak tangkap gambar pada kedudukan rendah. Cuba lihat kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku sentiasa ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.


Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki. Jadi kedudukan kamera tidak akan stabil disitu.
Gunakan Sebarang Benda Yang Dekat Dengan Kita Untuk Support Badan
Banyak benda yang boleh kita jadikan support untuk badan kita waktu menangkap gambar. Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan kita bersandar untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.





 
 
Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap
 
Nak pegang DSLR ketika baring atau meniarap pun ada cara juga. Yang penting, kedudukan kamera mesti kukuh.

Seperti biasa, gunakan siku untuk support kamera dengan menongkat siku pada lantai atau tanah. Jangan buat seperti gambar yang salah diatas. Dimana dia tidak menggunakan siku, tetapi menggunakan badan untuk support kamera. Kita akan cepat rasa penat jika berbuat demikian dan DSLR yang kita pegang tidak akan stabil waktu menangkap gambar.
Akhir kata, di sini saya nak kongsikan satu tips iaitu, ketika hendak tangkap gambar, elakkan dari bernafas. Secara logiknya, apabila kita bernafas badan kita akan bergerak. Jadi cara terbaik, tarik nafas sebelum tekan butang shutter release, tahan nafas ketika tekan butang shutter release dan hembus nafas selepas tangkap gambar. Ha ha.

Monday, August 2, 2010

Mari mengeja..

Mari mengeja dalam jawi…

Sin.. wau.. Mim.. Ba.. wau.. Nga.. jadi apa? Bunga??

Hahaha..

Som Bong…

Apakah itu?

Itulah manusia yang aku jumpa..

Bukan nak mengata.. tapi nampaknya walaupun ada yang belajar ilmu agama.. tapi.. ntah la.. x praktikkan pun.. (Bukan Semua)

Bagi salam… mcm bagi salam kat tiang.. X jawab… sekadar melihat sekilas.. bkn nak jawab.. Cuma memandang sinis..

Bukan sekali mahupun dua.. tapi berbilang kali tak terkira..

Rasanya manusia lain yang lebih biasa, belajar agama pun x seberapa nak tinggi mcm "mereka²" tu.. tp rajin gak jawab salam, tegur sapa, dan senyum pabila bertemu walau x kenal..

Tapi.. hmmm… xtau la apo den nak kato.. den raso la kan, "mereka" tu pandang hina kat insan² lain yang bkn belajar mcm mereka.. So what? Biarpun bergelar ustaz ke syeikh ke, biar la berhikmah.. Apa yang kamu pelajari, praktikkanla.. Jgn sekadar belajar untuk santapan jiwa.. tapi x melibatkan rohani..

Tu je yang aku nk cakap.. bkn pe.. aku rse org lain yg x berkelayakan msuk fakulti korang lg mengamalkan adab bertegur sapa.. walaupun mungkin part lain mereka kurang..

Tu je la nk ckp.. bkn cakap.. tp taip.. Aku x marah.. Cuma kesal..

Siapalah aku untuk menegur.. Sudah menjadi syariat Islam untuk menegur sesame kita..

Walaupun kubur lain-lain.. tapi kita se umat.. bertanggungjawab antara satu sama lain..

Jangan kerana kesilapan seorang, semua terkena sekali…

Bak kata pepatah Sang Pujangga. "Kerana seekor kerbau balik kelas mengecat, tapi membiarkan catnya tertumpah.. x pasal, sekandang kerbau kakinya terpalit cat.."

Eheh… =)

Monday, July 19, 2010

Hidupmu bukanlah Hidupku,..

Hari berganti hari.. Malam berganti malam..
Bulan berganti mentari..
Hujan berganti panas..
Gelap berganti terang..

Apa yang terjadi??

Tanggungjawab semakin menggergasi..
Usia semakin menua..
Perjalanan semakin jauh..
Meninggalkan kisah semalam..
Segalanya yang silam..
Kini hanya sejarah..

Apa yang kau rasa?

Yang pahit menjadi pengajarnya..
Yang manis menjadi pengindahnya...
Yang tawar membiasakan dirinya..
Yang masam menjadi perasanya..
Yang masin menjadi penghiburnya...

Betapa hidup itu penuh seribu rasa..
Bila kau punyai deria..
Berpancaindera lah dikau..
Membezakan putih dan hitam..
Antara nafsu dan mahumu..

Hai manusia..
Kurniaan Tuhanmu bukanlah saja-saja..
Gunakanlah akalmu..
Memutihlah dari segala yang hitam..
Cari sekilas cahaya dari lurah² gaung kegelapan..

::®omeo ®ulez ©::

Tuesday, June 29, 2010

Bunga Pujaan..

Bunga Pujaan:: Jamal Abdillah

Sekuntum bunga pujaan hatee~~ XD~

Kujejaki Lembah Belukar Disana..
Luas terbentang tiada bertepi..
Tak ku hiraukan panas hujan melanda..
Semua bagiku x bererti..

Hanya satu tujuan tuk mencari..
Setangkai bunga pujaan hati..
Namun apa setelah aku dapati..
Kumbang lain menghisap madunya..
Kumbang oh kumbang.. kau cantik tapi kau kejam.. haha~~ =þ~

Setelah madu musnah sang kumbang pergi..
Tinggalkan bunga layu begitu sja..
Bunga pujaan tanpa tiada berseri..
Lemah gemulai tak lagi berdaya..

Takkan ku biarkan
Tak sampai di hati
Bunga jadi ku petik akhirnya..

Hanya satu tujuan tuk mencari..
Setangkai bunga pujaan hati..
Namun apa setelah aku dapati..
Kumbang lain menghisap madunya..

Lebah.. kau kumbang ke? Kau same gak! haha

Sang Pujangga amat minat ngan Jamal Abdillah.. semua lagu beliau penuh nasihat.. walaupun nasihat tu x guna untuk jamal.. tapi nasihat tu beguna buat semua pendengar beliau.. Jalani lah jidup dengan hati-hati.. jangan lah terjebak dengan gejala dadah dan sebagainya.. Sayangi Diri.. Jauhi Peribadi... itu saja mampu ku lakukan buat mu hai sahabat², rakan, kawan, taulan, saudara-mara, dan sesiapa saja..
Aku Bukanlah Pengkritik.. Sekadar Memberi Nasihat..

||::||®omeo ®ulez ||::||

Saturday, June 26, 2010

Hidupku Muzikku-Part 2..

Gitar oh Gitar....

Hidupku muzikku..
Bermula kisah muzikku dengan bermain rekoder..
kemudian berpindah ke keyboard..
then last skali sehingga kini gitar..
Oh gitar.. ku x jemu menerokai mu..

Mula-mula tertarik dengan gitar apabila melihat teman-teman lain pandai bermain gitar..
Tiba suatu hari.. dihadiahkan sebuah gitar oleh ayahanda tercinta..Dari saat itu, aku mula la berusaha blajaq gitar ni..Memula blaja gitar ni memang sengsara gak r.. sampai bengkak² jari .. Yela kan.. jari msih x biasa lg nak tekan² tali gitar ni kuat².. Belajar gitar ni mmg susah.. kne faham n ingat kod² yg asas dulu.. lpas tu baru beralih ke kod² opera.. cam 7th, 6th, dan sebagainya..

Mase memula msuk battle of the band, line up Shah-Drummer, Zul-Rhythm, Bom-Bass, Aku-Lead, Anie-vokalis.. lagu yang kitorang main mse tu mmg pilihan yang xtau la nk kate.. sume rock 90-an.. Cinta Pantai Merdeka, Cintamu Mekar DiHati.. Mse tu la mata terbuka tngok skill org lain, lagu pilihan mcmana yang menarik perhatian orang, apa yang perlu diserlahkan, teknik main atas pentas, gajet² yang orang guna, setting amp, dan sebagainya.. masa tu baru tau.. betapa aku masih di tahap paling rendah.. Dan paling penting.. GEMURUH.. macamana nk kawal gemuruh.. macam aku ni, adakalanya main gitar dengan spek itam supaya x nampak orang ramai.. atau biasakan diri kat pentas masa rehearsal.. mse tu anggapla pentas ni korang punya.. dan akulah rajanya.. hahaha..tapi buat macamana pun, gementar dan gemuruh tetap ada..
..Line Up Baru DarkhorseII..
Rhythm-Aku, Bass-Affendi, Lead-Shah, Drummer-Ina

Then battle kedua, kitorang bawak lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin, Debunga Wangi, dan instrumental Shadoogy.. Masa tu kitorang line up baru Hamit-Drummer, Amin-Lead, Shah(Drummer)-Keyboardist, Aku-Bass, Rhythm-Ameng, Vokalis-Amy.. Masa ni baru improve sikit.. Sebab otai² legend band zaman 80-an da masuk dlm band kitorang n main skali ngan kitorang..(Amin,Hamit). Dorang ni banyak aja skill n pe feature² pnting dalam Battle Of The Band ni..Thanks kpada dorang.. =)

::The Gems Of Mahameru::
Lineup: Cho-Drummer, Ayeng-Bass, Fariz-Rhythm, Aku-Lead & Vocalist, Zol-2nd vocalist.

Then skarang kat U, UniSZA(UDM, KUSZA), aku join Kelab De Mahameru(Dendang Mahasiswa Melayu Baru). Objektif utama kelab ni utk main muzik rakyat terengganu antaranya Anak Burung Baniong, Watimang Landok dan sebagainya.. Tapi dlm kelab ni pun ade tbahagi untuk band gak.. first battle aku join kelab ni mase Pesta Konvo UDM. Lineup mase tu cho-Drummer, Ayeng-Bass, Fariz-Rhythm, Aku-Lead n Vokalis, Zol-vokalis 2nd, Yatee-Manager. lagu Itu Kamu-Estranged. Masa msuk U ni aku tpaksa berubah ke style muzik indie.. sblom ni aku cme layan rock 80an n 90an n rock² kapak.. hahaha..

Sehingga sekarang, aku rasa akan tetap dengan muzik-muzik rock lagenda mcm Search, Wings, Slam, May, Lefthanded.. Kerana terlalu minat dengan Man Kidal, banyak skill lick die ni aku tiru..  Slain tu banyak gak style lick Yngwie Malmsteen yang rasanya dah sebati dengan cara aku main gitar.. Cuma skill la.. Bukan personaliti.. Bak kata orang.. personaliti tu kne original.. xde cetak rompak..

So.. apa lagi nak ditulis ea.. jam pun da tunjuk kol 2.41am da.. tapi mata masih blom ngantuk..
Hmmm... Brazil 0-0 Portugal.. hahaha.. tu je info lain rasanya..
=)

❀:: ®omeo ®ulez::❀

Friday, June 25, 2010

Praktikal oo Praktikal..

Hampir usai sudah..
pengembaraan dua rembulan..
dua kali bertemu di langit yang sama..
terkadang berselindung dibalik awan..

Namun disebalik kisah sang rembulan..
berjuang 4 anak muda..
menumpah keringat..
di sebuah medan berjarakkan 35 minit..
dari tempat perteduhan..
bersama jentera-jentera mereka..

dahulunya..
mereka merungut..
merintih...
menyesali....
namun kini..
apa yang mereka dapati..
sepinggan penuh pengalaman..
secawan penuh ilmu..
sesudu susah payah yang terbalas..

dengan lengkapnya sebelah tangan..
sudah hampir menggenggam..
Segulung Diploma..
penuh warna gemilang..

Monday, June 21, 2010

Zindegi Eg Safar.. Hidup itu suatu perjalanan

Hidup itu umpama perjalanan..
Penuh berbelit-belit..
Adakalanya kau temui persimpangan..
Simpangnya pula tiada kau tahu penghujungnya..
Adakalanya simpang itu menyesatkan..
Adakalanya simpang itu hanya sehala..
tiada jalan pulangnya..


Adakalanya simpangnya itu menghala ke jalan mulamu..
Adakalanya simpangnya itu jalan mati di hujungnya..
Adakalanya lurus jalannya..

Adakalanya berbelok-belok jalannya..
Adakala jalannya berbukit bukau

Adakalanya berduri.. namun berbunga mawar penuh indah dihujungnya..
Jadi.. Pilihlah perjalanan anda sebaik-baiknya..

♠::®.e.d.o.n.e::♠:☺:

Wednesday, June 16, 2010

Usaha Ibarat Emas..

Salam W.B.T..

Sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu andainya mereka tidak melakukannya dengan usaha sendiri..

Bercakap mengenai usaha.. aku tahu.. baru² ni result exam masing² da kuar..
Ada yang cemerlang.. Gembira disamping keluarga..
Ada yan kecundang.. Bersedih..

Apakan daya.. mungkin ada kesilapan yang perlu diperbaiki..
Mungkin usaha anda belum mencukupi..
Mungkin jua dugaan dari Tuhan Yang Maha Esa..
Sesungguhnya.. Allah tidak menghampakan hambaNya yang sabar..

Al kisah..

Baru sebentar tadi Sang Pujangga mendengar kisah seorang anak muda yang gigih membantu keluarganya..
Alhamdulillah..Anak sebegini lah harapan ibunda dan ayahanda..
siapalah lagi yang mampu diharapkan mereka melainkan darah daging mereka ini sendiri..
Tidak sia-sia keringat sebaldi membanting tulang membesarkanmu wahai anak..
Tidak sia-sia tidur terganggu akibat rengekan mu ditengah malam wahai anak..
Tidak sia-sia pertarungan selama 9bulan mengandungkanmu wahai anak..

Hargailah jasa ibu bapa ..
tanpa mereka siapalah anda..
tanpa mereka.. mampukah anda menjadi ANDA yang sekarang ini?
Sang Pujangga juga bersyukur kerana ibu bapa Sang Pujangga ::
menjaga dari kecil,
mendidik dari 0 sehingga berjuta.
menyuap dari setitik susu hingga ke sesudu nasi..


Hrgailah msa bsama mrk krn bila hanya wujud dua batu keramat di tnh merah penuh cucuran wangian air mawar.... hnya doa shja yang mmpu anda hdiahkan buat mereka..

I Love My Family!!

Ayahanda Mohd Husin Bin Haji Abdullah
Ibunda Asanah Binti Hussni
Kekanda Norhayati
Adinda:
Nordiana
Nadia Hazimah
Mohd Syahmi..



Serta Syukur kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan sebuah potret bahagia buat tatapan mata hambaMu ini

®omeo ®ulez

Monday, June 14, 2010

Shoot!! Till the battery die..

Ujian pertama ambe.. Malam Annual Dinner Kilang Delphi Packard Eletric tempat Sang Pujangga Praktikal..

Enjoy and critic are allowed.. =)



DSLR... suatu fenomena..

Salam..
DSLR atau singkatan kepada Digital Single Lense Reflex semakin popular dikalangan belia masa kini..
Antara kelebihan berbanding kamera biasa atau lebih dikenali sebagai compct Kamera, adalah kepuasan untuk menggunakan mod manual, pemilihan lensa mengikut keadaan, serta pelbagai lagi kelebihan DSLR..

Bercakap pasal DSLR... Sang Pujangga da angkat dari Rizky-Musafir D60.. tapi.. bukan Sang Pujangga yang punya.. kakak Sang Pujangga iaitu si DiktatorMedia yang punya.. Sang Pujangga hanya ada masa sehingga waktu raya saje utk pegang.. so kne amek pluang yang ada utk blaja.. Insyallahh.. ada keizinan mungkin akan angkat 1 lagi utk diri sendiri..

Amek pose.. ngeee..... =þ~

®omeo ®ulez

Friday, June 11, 2010

Hidup Muzikku...Part 1

First thing is,

muzik itu sebahagian dari hidupku..
1st time aku mula menitipkan muzik dalam diri ini mungkin sejak kecik lagi..
Ayah aku ske pasang lagu² band lelame cam Slam, Ukays, Spring, Scorion, Wings.. n bla²..

Smpai la aku msok ke skola rendah, aku msok marching band men rekorder..
Then smpai skola menengah, mse tu aku mmg minat sgt men keyboard..
sehinggalah satu hari peluang aku tiba bile En Shakrizan tnye sape leh men keyboard..
dgn malu² kucing aku g depan n men lagu Menghitung Hari depan kelas.. mse tu aku hnye biasa dgn toy keyboard yg harga dlm RM80 lbih mse tu.. Ayah aku beli kat Penang..

Then start dari situ aku mula melibatkan diri dlm performing kat skola...
Then get involved in YRAI gang..
Cla, Sab, Pjah, Shah, Fakhri,Duan,  n diterajui Miss Dyg, Mdm Seri..
The one who'll bolot all the limelight in every event in school..
hehehe..






Then muncol lak Darkhorse..
The band of my classmate.. Zulhelmi, Zulfadhli, Shahruni, Aku, and Affendi..
Band bermula dengan persembahan disekolah..
First battle of the band.. sminggu sblum SPM.. hahahah..
punyela bz ngan bnde len.. bkn nk studi SPM...hahahaha
Then miss satu lg battle sbb mse tu tgh minggu SPM.. xpe..
bekorban..


Then aku msok U..
UDM...formerly known as KUSZA, and now UNISZA..
then aku join De Mahameru (K.a.m.i Mahameru) a.k.a Dendang Mahasiswa Melayu baru..
aku ingat lg sejarah memula cmne aku terjebak ngan dorang ni..
mse tu enset aku pcah skrin.. OTW nk g kdai dpan U.. .
aku tdengar satu irama yg lama da aku xdnga.. BUNYIK DRUM!!!
waaaaa!! pnyela aku dgn mata bersinar mencari punca bunyi tu.. aku amati.. "ni bkn bunyi dari speaker ni... ni live ni!!!"
then aku jmpe la dorang kat rumah tepi jalan.. mse tu ni la Pusat Seni Warisan sementara sblum siapnya Studio skarang ni..

Disitulah bermulanya aku digelar Weng...

Al kisah.....

Thursday, June 10, 2010

Letih..










Letih...
Setelah hampir 6 minggu praktikal, begitu terasa sengatannya..
Tubuhku mulai longlai..
Fikiranku menjadi semakin perlahan... umpama slow-mo..
Tapi.. apakan daya.. demi segulung diploma..
kuredah segala ini..
biar sehingga gering tubuh..
Hahaha.. Tapi.. x lama lagi.. tinggal 3 kali jumaat saja lagi untuk menamatkan segalanya..
syabas!!
®omeo ®ulez

Isi Hati Nurani..

Pujangga Hari Ini:: Setiap titisan hujan memberikan percikan berbeza... biarpun pada zahirnya sama elemen.. begitu juga Manusia.. pada zahirnya sama saja.. Yang membezakan cuma isi hatinya.. ada yang suci.. ada tercemar.. tercemar hingga membawa taun.. merebak lalu menjadi wabak.. yang dinamakan permusuhan.. :: ®omeo ®ulez Jabatan Kesihatan lak.. isu air.. haha

Insan... nape nak bermusuh??
Sedangkan dirimu hanYa sejeNis spesis yaNg x lama berNaung diBumi ini..
kenaPa haRus dibeZakan taRafmu deNgan seJenismu yaNg laiN??
Adakah tarafmu itu kekal sehingga ke aKhiraT??
Sedarla.. semua itu cuma pinjaman sementara.. dan segaLanYa itu milikNYA jua..

Ok.. skrg tgh hangat isu Palestin-Israel.. bkn skrg je.. dah lama isu ni..
x lapuk dek usang, x lekang dek panas.. x basah dek hujan.. (aish.. im overdoing it!!) =þ
Tapi yang menjadi kemusykilan ambe... nape negara seIslam yang lain hanya mampu bersuara tapi tiada tindakan?? like what have I said before.. N.A.T.O which stands fr No Action, Talks Only..
Ni xkkan menjadikan kita kuat.. bahkan lebih rapuh daripada biskut yang dah dicicah dlm kopi.. lebih lembik.. sehinggakan secebis kuman (Israel) pun bleh nak pijak²..
Hmmm.. selagi tiada kesepakatan.. selagi tiada ke"Ummah"an.. selagi itu kita terus lmah..
bak kata pepatah melayu "Bersatu Kita Teguh.. Bercerai kita Roboh"..
p/s.. realitinya sekarang.. Bercerai kita kahwin baru?? hahaha
Renungkanlah wahai insani..

®omeo ®ulez..

ImpiaN x seMudaH miMpi..

Pujangga Hari ini:: x semUa yaNg kiTa iNginKan biSa diGapai seGenGam LiMa jaRi keRdiL iNi.. muNgkiN seMuaNya aDa hiKmah :: ®omeo ®ulez..

Antara kupasan dari ku utk pujangga ini..
Hari ni aku saksikan betapa ramai yang merantau jauh untuk mengejar impian..
Perlukah jauh untuk menggapai impianmu wahai insan??
Mungkin perlu...tapi sebenarnya bukan mungkin.. tapi suatu yang perlu..

Sedangkan Nabi S.A.W pernah bersabda.. "Tuntutlah ilmu sampai ke Negeri China"
Benar seperti kata pepatah.. :: Jauh perjalanan, luas pengalaman::

Semakin jauh berjalan.. semakin banyak perkara, benda, pengalaman, isu, masalah yang kita tempuh.. makin banyak perkara yang mematangkan diri... Mungkin ramai yang x setuju kalo aku nk kte, terperuk disatu tmpat akan mnjadikan anda si katak dibawah tempurung usang.. tiada apa perubahan.. Bahkan si katak gila yang merantau ke Amerika itu pun mampu merubah nasib menjadi si Crazy Frog.. Ding~ Ding~
.. Hehehe..
Renungkanlah wahai insani..
=)
®omeo ®ulez

Selamat Kembali!!

Assalamualaikum waRahmatuLLahi WabaraKatuH..
Setelah sekian lama menghilang dari duNia bLoggiNg.. muNcul keMbaLi si tuLang eMpat keRat ini dGn bLog baru puLok!!
Ni smUa angkara geSaAn daRi piHak beRseKutu!! hahaha..
Xpe.. Yang peNting.. kiNi semuNya akaN berpeNampiLan baRu.. Style baRu.. dan segala-gaLanya baRu..

::Biar Diri Disakiti.. Jangan Diri Menyakiti::
®omeo ®ules