Saturday, June 26, 2010

Hidupku Muzikku-Part 2..

Gitar oh Gitar....

Hidupku muzikku..
Bermula kisah muzikku dengan bermain rekoder..
kemudian berpindah ke keyboard..
then last skali sehingga kini gitar..
Oh gitar.. ku x jemu menerokai mu..

Mula-mula tertarik dengan gitar apabila melihat teman-teman lain pandai bermain gitar..
Tiba suatu hari.. dihadiahkan sebuah gitar oleh ayahanda tercinta..Dari saat itu, aku mula la berusaha blajaq gitar ni..Memula blaja gitar ni memang sengsara gak r.. sampai bengkak² jari .. Yela kan.. jari msih x biasa lg nak tekan² tali gitar ni kuat².. Belajar gitar ni mmg susah.. kne faham n ingat kod² yg asas dulu.. lpas tu baru beralih ke kod² opera.. cam 7th, 6th, dan sebagainya..

Mase memula msuk battle of the band, line up Shah-Drummer, Zul-Rhythm, Bom-Bass, Aku-Lead, Anie-vokalis.. lagu yang kitorang main mse tu mmg pilihan yang xtau la nk kate.. sume rock 90-an.. Cinta Pantai Merdeka, Cintamu Mekar DiHati.. Mse tu la mata terbuka tngok skill org lain, lagu pilihan mcmana yang menarik perhatian orang, apa yang perlu diserlahkan, teknik main atas pentas, gajet² yang orang guna, setting amp, dan sebagainya.. masa tu baru tau.. betapa aku masih di tahap paling rendah.. Dan paling penting.. GEMURUH.. macamana nk kawal gemuruh.. macam aku ni, adakalanya main gitar dengan spek itam supaya x nampak orang ramai.. atau biasakan diri kat pentas masa rehearsal.. mse tu anggapla pentas ni korang punya.. dan akulah rajanya.. hahaha..tapi buat macamana pun, gementar dan gemuruh tetap ada..
..Line Up Baru DarkhorseII..
Rhythm-Aku, Bass-Affendi, Lead-Shah, Drummer-Ina

Then battle kedua, kitorang bawak lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin, Debunga Wangi, dan instrumental Shadoogy.. Masa tu kitorang line up baru Hamit-Drummer, Amin-Lead, Shah(Drummer)-Keyboardist, Aku-Bass, Rhythm-Ameng, Vokalis-Amy.. Masa ni baru improve sikit.. Sebab otai² legend band zaman 80-an da masuk dlm band kitorang n main skali ngan kitorang..(Amin,Hamit). Dorang ni banyak aja skill n pe feature² pnting dalam Battle Of The Band ni..Thanks kpada dorang.. =)

::The Gems Of Mahameru::
Lineup: Cho-Drummer, Ayeng-Bass, Fariz-Rhythm, Aku-Lead & Vocalist, Zol-2nd vocalist.

Then skarang kat U, UniSZA(UDM, KUSZA), aku join Kelab De Mahameru(Dendang Mahasiswa Melayu Baru). Objektif utama kelab ni utk main muzik rakyat terengganu antaranya Anak Burung Baniong, Watimang Landok dan sebagainya.. Tapi dlm kelab ni pun ade tbahagi untuk band gak.. first battle aku join kelab ni mase Pesta Konvo UDM. Lineup mase tu cho-Drummer, Ayeng-Bass, Fariz-Rhythm, Aku-Lead n Vokalis, Zol-vokalis 2nd, Yatee-Manager. lagu Itu Kamu-Estranged. Masa msuk U ni aku tpaksa berubah ke style muzik indie.. sblom ni aku cme layan rock 80an n 90an n rock² kapak.. hahaha..

Sehingga sekarang, aku rasa akan tetap dengan muzik-muzik rock lagenda mcm Search, Wings, Slam, May, Lefthanded.. Kerana terlalu minat dengan Man Kidal, banyak skill lick die ni aku tiru..  Slain tu banyak gak style lick Yngwie Malmsteen yang rasanya dah sebati dengan cara aku main gitar.. Cuma skill la.. Bukan personaliti.. Bak kata orang.. personaliti tu kne original.. xde cetak rompak..

So.. apa lagi nak ditulis ea.. jam pun da tunjuk kol 2.41am da.. tapi mata masih blom ngantuk..
Hmmm... Brazil 0-0 Portugal.. hahaha.. tu je info lain rasanya..
=)

❀:: ®omeo ®ulez::❀

No comments: