Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan..
Setelah setahun berlalu, Ramadhan kembali menjelmakan dirinya..
Bersama seribu berkat dan rahmat dari Allah S.W.T..
Bermulanya terbit fajar.. sehingga terbenamnya sang mentari di ufuk barat..

Menjelang Ramadhan, banyak aktiviti yang jarang kita lihat di bulan-blan biasa..
Berpusu-pusu manusia beribadah..
Penuhnya msjid dan surau-surau dengan hamba-hamba Allah yang ingin mengambil kesempatan untuk merebut pahala solat berjemaah, solat tarawih serta tidak kurang juga bertadarus bersama-sama..
Betapa indahnya tatkala amadhan kembali mengunjungi kita..

Tika hampirnya saat berbuka, penuh bazaar ramadhan dengan manusia-manusia membeli juadah berbuka..
Tidak kurang juga dari para penjual yang tidak pernah lelah mendagangkan jualan mereka..

Aku tidak ketinggalan menjadi antara gelagat-gelagat manusia yang berada di bazaar ramadhan..
Mencari juadah apakah yang menarik hati..
Mcm bese la.. aku ske beli nasi kerabu.. tapi hari pertama puasa ni, aku g beli nasi Briyani..
hahahaha.
Nmpk sodap.. Ditambah pula dengan air soya.. hilang segala lelah berpuasa.. itulah nikmat bagi hamba² Allah yang menunaikan ibadah puasa..

Pas ni g tarawih lak...
Aku sbnanya xtau nk tulis pe..
sje mencelah mengupdate blog yang sekian lama tidak kupeduli dek sibuknya hidup dengan segala macam kerja, study, dan assignment yang dah mula menggunung.. Pergh.... Sakit kepala..
harap² semester ni dapat topup balik CGPA yang da drop mendadak... ngee~~
Ok.. Selamat berpuasa kepada semua!!

Saturday, August 7, 2010

::Bagaimana Cara Pegang Kamera Dengan Betul::

PEGANG KAMERA ELOK - ELOK :
BAGAIMANA PEGANG KAMERA DGN BETUL?

 

   

Basic Pegang DSLR
Ok, diatas ni adalah cara pegang DSLR secara basic. Di mana kita gunakan tangan kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens, dan tangan kanan digunakan untuk control setting DSLR samada tekan butang shutter release dan sebagainya. Lepas itu, kedua-dua siku kita dirapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas. Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR ketika memegang.


Cara Lain Untuk Pegang DSLR
Kita boleh juga pegang DSLR dengan cara pada gambar diatas ini. Tapi untuk sesekali bolehlah. Kalau penat tangkap gambar dengan memegang kamera dengan cara basic, bolehlah cuba dengan cara kedua nih. Bila diletak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar akan kurang. Cuma mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.

 

 
Cara Pegang DSLR Yang Salah !

 
Elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.


Ini juga cara yang salah ketika memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak 'mengepak' waktu nak tangkap gambar. Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga memegang kamera dengan meletakkan tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan kiri dibawah lens DSLR.

 

 
Cara Pegang DSLR Secara Menegak

 
Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan menangkap gambar dengan cara menegakkan kamera kita. Sebab nampak tak profesional katanya. huhu~ Tak pastilah saya, betul ker tidak tu~ Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, boleh lihat cara dibawah.

Cara yang sebelah kiri ini adalah kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak. Tangan kanan digunakan untuk support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala tangan kiri diletakkan dibawah lens untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi, masalah gambar bergegar tidak akan berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah tu, kita boleh lihat kedudukan tangan kanan yang tidak stabil disitu…

 
Kedudukan Kaki

 

Untuk menstabilkan badan waktu mengambil gambar, pastikan kaki kiri dilangkahkan sedikit kehadapan dari kaki kanan. Jadi tak der lah rasa nak tumbang waktu tangkap gambar. Jangan rapatkan kaki dan berdiri tegak seperti gambar pada sebelah kanan diatas. Sebab kedudukan badan tidak akan stabil jika kita berdiri seperti itu.

 
Cara Pegang DSLR Waktu Tangkap Gambar View Rendah
 
Ok, diatas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak tangkap gambar pada kedudukan rendah. Cuba lihat kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku sentiasa ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.


Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki. Jadi kedudukan kamera tidak akan stabil disitu.
Gunakan Sebarang Benda Yang Dekat Dengan Kita Untuk Support Badan
Banyak benda yang boleh kita jadikan support untuk badan kita waktu menangkap gambar. Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan kita bersandar untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.





 
 
Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap
 
Nak pegang DSLR ketika baring atau meniarap pun ada cara juga. Yang penting, kedudukan kamera mesti kukuh.

Seperti biasa, gunakan siku untuk support kamera dengan menongkat siku pada lantai atau tanah. Jangan buat seperti gambar yang salah diatas. Dimana dia tidak menggunakan siku, tetapi menggunakan badan untuk support kamera. Kita akan cepat rasa penat jika berbuat demikian dan DSLR yang kita pegang tidak akan stabil waktu menangkap gambar.
Akhir kata, di sini saya nak kongsikan satu tips iaitu, ketika hendak tangkap gambar, elakkan dari bernafas. Secara logiknya, apabila kita bernafas badan kita akan bergerak. Jadi cara terbaik, tarik nafas sebelum tekan butang shutter release, tahan nafas ketika tekan butang shutter release dan hembus nafas selepas tangkap gambar. Ha ha.

Monday, August 2, 2010

Mari mengeja..

Mari mengeja dalam jawi…

Sin.. wau.. Mim.. Ba.. wau.. Nga.. jadi apa? Bunga??

Hahaha..

Som Bong…

Apakah itu?

Itulah manusia yang aku jumpa..

Bukan nak mengata.. tapi nampaknya walaupun ada yang belajar ilmu agama.. tapi.. ntah la.. x praktikkan pun.. (Bukan Semua)

Bagi salam… mcm bagi salam kat tiang.. X jawab… sekadar melihat sekilas.. bkn nak jawab.. Cuma memandang sinis..

Bukan sekali mahupun dua.. tapi berbilang kali tak terkira..

Rasanya manusia lain yang lebih biasa, belajar agama pun x seberapa nak tinggi mcm "mereka²" tu.. tp rajin gak jawab salam, tegur sapa, dan senyum pabila bertemu walau x kenal..

Tapi.. hmmm… xtau la apo den nak kato.. den raso la kan, "mereka" tu pandang hina kat insan² lain yang bkn belajar mcm mereka.. So what? Biarpun bergelar ustaz ke syeikh ke, biar la berhikmah.. Apa yang kamu pelajari, praktikkanla.. Jgn sekadar belajar untuk santapan jiwa.. tapi x melibatkan rohani..

Tu je yang aku nk cakap.. bkn pe.. aku rse org lain yg x berkelayakan msuk fakulti korang lg mengamalkan adab bertegur sapa.. walaupun mungkin part lain mereka kurang..

Tu je la nk ckp.. bkn cakap.. tp taip.. Aku x marah.. Cuma kesal..

Siapalah aku untuk menegur.. Sudah menjadi syariat Islam untuk menegur sesame kita..

Walaupun kubur lain-lain.. tapi kita se umat.. bertanggungjawab antara satu sama lain..

Jangan kerana kesilapan seorang, semua terkena sekali…

Bak kata pepatah Sang Pujangga. "Kerana seekor kerbau balik kelas mengecat, tapi membiarkan catnya tertumpah.. x pasal, sekandang kerbau kakinya terpalit cat.."

Eheh… =)